Posted by: 113cbdx | June 18, 2007

JADUAL KELIMA

PENGUNTUKAN KELAS BAGI PERANTI

PERKHIDMATAN RADIO PERIBADI

1. Takrif

(1) Dalam penguntukan kelas ini, “peranti perkhidmatan radio peribadi” ertinya suatu peranti radiokomunikasi dua hala yang dikendalikan dalam jalur frekuensi yang ditetapkan.

(2) Tertakluk kepada subperenggan (1), semua istilah yang semata-mata bersifat teknik hendaklah mempunyai erti yang sama seperti dalam Konvensyen Telekomunikasi Antarabangsa.

2. Jalur frekuensi

Suatu peranti perkhidmatan radio peribadi hendaklah hanya menggunakan mana-mana jalur frekuensi yang berikut yang telah diuntukkan bagi penguntukan kelas ini, antara penggunaan lain, atas dasar perkongsian tidak eksklusif:

(a) 26.9650 MHz hingga 27.4050 MHz;
(b) 477.0125 MHz hingga 477.4875 MHz; atau
(c) 477.5250 MHz hingga 477.9875 MHz.

3. Penguntukan kelas

Penguntukan kelas ini memberikan hak kepada mana-mana orang untuk mengendalikan suatu peranti perkhidmatan radio peribadi tertakluk kepada:

(a) syarat-syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 4; dan
(b) peranti itu dikendalikan dalam jalur frekuensi sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang kedua Susunan B, C dan D.

4. Syarat-syarat

(1) Rancangan saluran

Rancangan saluran sebagaimana yang dinyatakan dalam Susunan B, C dan D hendaklah dipatuhi.

(2) Jenis modulasi dan ruangan saluran

(a) Jenis modulasi hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang ketiga Susunan B, C dan D; dan
(b) Ruangan sa1uran hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam -

(i) ruang kecil pertama dan kedua ruang kelima Susunan B; dan
(ii) ruang kelima Susunan C dan D.

(3) Saluran simpanan

Saluran sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang keenam Susunan B, C dan D hendaklah disimpan bagi kegunaan kecemasan dan kegunaan panggilan.

(4) Peranti penyulitan

Tiada peranti penyulitan boleh digunakan pada mana-mana saluran sebagaimana yang dinyatakan dalam Susunan B, C dan D.

(5) Tempoh penghantaran maksimum

(a) Penghantaran suara tidak bo1eh melebihi jangka masa 180 saat bagi setiap penghantaran.
(b) Penghantaran, selain suara, tidak boleh melebihi jangka masa 3 saat bagi setiap penghantaran.

(6) Isyarat panggilan

Tiada isyarat panggilan boleh digunakan selain dalam suatu bidang pengendalian yang menghendaki isyarat panggi1an sedemikian.

(7) Kesalingsambungan telefon

Tiada penyambungan suatu peranti perkhidmatan radio peribadi kepada suatu perkhidmatan telefon dibenarkan.

(8) Sekatan pengendalian

Tiada seorang pun boleh mengendalikan suatu peranti perkhidmatan radio peribadi-

(a) dengan cara yang akan menimbulkan rasa cemas yang tidak per1u atau menyebabkan penghinaan serius kepada seorang lain; atau
(b) untuk mengganggu atau memburuk-burukkan orang lain.

(9) Penyitaan

Suatu peranti perkhidmatan radio peribadi bo1eh disita untuk membantu da1am hal-

(a) kecemasan;
(b) kepentingan negara; atau
(c) bahaya kepada orang atau harta.

(10) Kuasa Sinar Isotropik Efektif (EIRP)

EIRP maksimum tidak bo1eh me1ebihi ni1ai sebagaimana yang dinyatakan dalam-

(a) ruang keci1 pertama dan kedua ruang keempat Susunan B; dan
(b) ruang keempat Susunan C dan D.

SUSUNAN B

27MHz JALUR RAKYAT-FREKUENSI FRS

(Suatu perkhidmatan radiokomunikasi simpleks jarak sederhana bagi kegunaan perdagangan dan rekreasi)

jadual_1s.jpg

 

SUSUNAN C

477 MHz JALUR RAKYAT – FREKUENSI PRS

(Suatu perkhidmatan rediokomunikasi simpleks jarak dekat bagi kegunaan

perniagaan dan perdagangan)

Susunan C

 

 


Leave a response

You must be logged in to post a comment.

Categories